Kalau mau ke Supirak ..jalan kaki..kenalah tunggu air surut mcm ini ..ianya melalui Kg Pancuran. Kalau laut surut ..memang luaslah..jauh mata memandang. Tapi..cantikkkk...
Malubang | Malubang Dan Lagenda
Destinasi Pelancungan Menarik Di Pitas-Sabah
Friday, November 30, 2012
Rumah Rehat Kg Malubang
Nah..ada sudah ni rumah rehat di Kg Malubang..kalau mau santai-santai bolehlah tinggal di sini sambil menikmati udara segar dari laut dan melihat keindahan matahari terbenam di upuk barat ketika petang. Cantikkk...
Senja nan indah
posted from Bloggeroid
Wednesday, November 9, 2011
Laluan ke Kg Malubang...
Lama tak update blog ni…adesss…sibuk memanjang.Ni gambar saya ambil masa balik kampung waktu raya..singgah tengah jalan ‘buang minyak’ sambil hisap rokok…hehehe…masa balik cuaca agak baik juga. Ni pla jalan menuju ke Kg. Malubang…hemmmm…kena guna 4W klu nak balik ..
Kena melalui jalan hutan SAFODA..
Tapi jangan risau bagi mereka yang mahu berkunjung ke kampung ini..sebab jalan ni tidak akan digunakan lagi , kerana dalam jangka masa terdekat ni, jalan ke Kg Malubang akan melalui jalan baru yang sedang dalam pelaksanaan. Ianya melalui jalan dari Kg Telaga ,Kg Liu dan Kg Bawing..singgah-singgah kampung luk bah..
Sunday, March 13, 2011
Perkembangan Terbaru Kg Malubang
Huhu…dengar cerita Kg Malubang tidak lama lagi mau kana bikin sudah jalanraya selepas itu menyusul pula bekalan elektrik. Bah ,baguslah bah kalau macam itu..sekurang-kurangnya tidak juga telampau mundur ni kampung , merasa juga nikmat kemudahan yang kerajaan bagi. Harap-harap tahun 2012 dapatlah orang-orang kampung menikmatinya. Kalau ada jalanraya sudah pigi kampung..nah senanglah balik kampung ni mau memancing..hehe. Pelancungpun senang sudah mau tinguk tu Supirak. Bagi pihak masyarakat Kg Malubang,terima kasih diucapkan kepada kerajaan amnya dan pemimpin-pemimpin daerah Pitas khasnya terutama sekali Yang Berhormat Datuk Rahim Bakri , ADUN N3 Bengkoka Datuk Bolkiah ,Pegawai Daerah Pitas dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang terlibat , semoga impian rakyat di Kg Malubang ni untuk menikmati sepertimana yang sepatutnya dinikmati tercapai hendaknya..AMIN. Moga tahun 2012 adalah tahun melawat ke Kg Malubang..harap-harap semua kemudahan ada terdapat di Kg Malubang, so tidaklah susah-susah pelancung datang.
Apa yang saya maksudkan di sini adalah kemudahan dari segi jalanraya,bekalan elektrik, bekalan air bersih dan penginapan. Tapi yang aku dengar sudah ada tu ‘rest house’ mau kena bikin sana kampung…huhu, tahniahlah JKKK Kg Malubang..sudah banyak kemudahan di Kampung ni..Pun begitu seperkara juga yang perlu diingat, jangan abaikan keselamatan di kampung, tu yang penting.yaa...Nah..apa lagi..jommm ..balik kampunggg..