Tuesday, February 8, 2011

Tarian Berunsai

Tarian Berunsai adalah sejenis tarian bagi suku kaum Sungai tetapi ada juga kaum lain yang membuat tarian ini yang seakan sama rentak dan iramanya .Tarian ini biasanya dilangsungkan semasa majlis perkahwinan,sebab dulu-dulu mana ada alat-alat hiburan elektronik seperti sekarang ni. Tarian ini dilakukan dengan membuat satu bulatan..mengikut apa yang saya nampak, ianya pada mulanya dimulai dengan 2 pasangan iaitu lelaki dan perempuan selepas itu disusuli oleh pasangan-pasangan lain sehingga menjadi satu bulatan.Ianya tidak terhad kepada berapa banyak bilangan penari, sehinggalah memenuhi ruang atau tempat tarian dilakukan. Tarian ini juga diringi oleh lagu-lagu berbentuk pantun yang dinyanyikan oleh penari-penari sendiri antara lelaki dan perempuan(seakan berbalas pantun). Bila sudah terbentuknya satu bulatan..penari-penari yang biasanya lelaki akan menghentak kaki mereka ke lantai seakan-akan satu gendang yang mengiringi lagu yang dinyanyikan.

Sunday, February 6, 2011

Batu Berunsai

aikkk..naa batupun boleh berunsaikah..ingatkan orang saja boleh berunsai. Memangpun orang bah ni, tapi dulu-dululah sebelum jadi batu. Batu ni tidak jauh letaknya dari Kampung Malubang..disebelah kampung saja. Kalau di imbas sekali pandang seperti orang tengah berunsai cuba tengok..
Pasal lagenda ..nanti aku ceritakan..kita minum lukk...

Puru Mondou

Satu lagi puru yang terdapat di Kg malubang ni iaitu Puru Mondou. Puru Mondou terletak lebin kurang 3 kilometer daripada kawasan perkampungan. Puru Mondou ni sebenarnya merupakan bukit yang tertinggi di Kg Malubang dengan anggaran antara 300-400 kaki daripada paras laut. Sekiranya kita berada di atas puncak bukit tersebut, akan nampak keseluruhan kawasan kampung dan lautan yang luas terbentang. Tempat ini sesuai bagi orang-orang yang suka ekspedisi mendaki bukit..kalau mau kurangkan berat badan..nah sinilah tempatnya..tetap keluar peluh-peluh jagung. Ni pun belum ada gambar yang saya perolehi..kalau ada nanti, akan saya letakkan di blog ini. Oklah saya mau pigi jogging luk,kasi keluar peluh-peluh jagung..haha

Friday, February 4, 2011

Puru

Puru pula terletak di tengah-tengah Kg Malubang. Tempat nilah remaja-remaja kampung berlepak dan bermain sambil menikmati hembusan udara segar dari lautan. Anak-anak muda kampung ini telah membina pondok-pondok untuk bersantai ketika waktu pagi dan senja. Di hadapan tempat ini kelihatan lautan luas terbentang saujana mata memandang. Di sinilah juga para pengunjung akan berkhemah sekiranya mereka bermalam di kampung ini. Gambar Puru ni belum saya dapat..nanti saya updatekan di sini kalau ada.

Batu Puru-Puru



hehe..Batu Puru-Puru, nikah namanya..Ni apa yang orang kampung namakan sebelum ini, tidak tahulah pula kalau ada nama baru,mau kena tanya juga ni nama sebenar. Di kampung ini terdapat 3 tempat yang disebut namanya sebagai 'Puru' iaitu Batu Puru-Puru, Puru dan Puru Mondou. Perkataan 'Puru' ni sebenarnya adalah dalam bahasa kaum Sungai dan kalau dalam bahasa Melayu pula bermaksud pokok-pokok kayu yang tumbuh secara berkelompok pada satu tempat sama ada di daratan atau di laut(sila perbetulkan kalau saya salah). Batu Puru-Puru yang saya sebutkan di sini merupakan sebuah anak pulau yang terletak lebih kurang 200 meter daripada pantai Kg Malubang. Ianya ditumbuhi oleh pokok-pokok rimbun dan sangat sesuai untuk bersantai sambil menikmati udara segar. Atas usaha JKKK Kg Malubang dan orang-orang kampung,jambatan dan pondok tempat bersantai di atas batu tersebut telah di bina bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang mahu bersantai di anak pulau tersebut .