Wednesday, November 9, 2011

Laluan ke Kg Malubang...

Lama tak update blog ni…adesss…sibuk memanjang.Ni gambar saya ambil masa balik kampung waktu raya..singgah tengah jalan ‘buang minyak’ sambil hisap rokok…hehehe…masa balik cuaca agak baik juga. Ni pla jalan menuju ke Kg. Malubang…hemmmm…kena guna  4W klu nak balik ..

Picture 078 Picture 079

Kena melalui jalan hutan SAFODA..

Tapi jangan risau bagi mereka yang mahu berkunjung ke kampung ini..sebab jalan ni tidak akan digunakan lagi , kerana dalam jangka masa terdekat ni, jalan ke Kg Malubang akan melalui jalan baru yang sedang dalam pelaksanaan. Ianya melalui jalan dari Kg Telaga ,Kg Liu dan Kg Bawing..singgah-singgah kampung luk bah..

Sunday, March 13, 2011

Perkembangan Terbaru Kg Malubang

Huhu…dengar cerita Kg Malubang tidak lama lagi mau kana bikin sudah jalanraya selepas itu menyusul pula bekalan elektrik. Bah ,baguslah bah kalau macam itu..sekurang-kurangnya tidak juga telampau mundur ni kampung , merasa juga nikmat kemudahan yang kerajaan bagi. Harap-harap tahun 2012 dapatlah orang-orang kampung menikmatinya. Kalau ada jalanraya sudah pigi kampung..nah senanglah balik kampung ni mau memancing..hehe. Pelancungpun senang sudah mau tinguk tu Supirak. Bagi pihak masyarakat Kg Malubang,terima kasih diucapkan kepada kerajaan amnya dan pemimpin-pemimpin daerah Pitas khasnya terutama sekali Yang Berhormat Datuk Rahim Bakri , ADUN N3 Bengkoka Datuk Bolkiah ,Pegawai Daerah Pitas dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang terlibat , semoga impian rakyat di Kg Malubang ni untuk menikmati sepertimana yang sepatutnya dinikmati tercapai hendaknya..AMIN. Moga tahun 2012 adalah tahun melawat ke Kg Malubang..harap-harap semua kemudahan ada terdapat di Kg Malubang, so tidaklah susah-susah pelancung datang.

Apa yang saya maksudkan di sini adalah kemudahan dari segi jalanraya,bekalan elektrik, bekalan air bersih dan penginapan. Tapi yang aku dengar sudah ada tu ‘rest house’ mau kena bikin sana kampung…huhu, tahniahlah JKKK Kg Malubang..sudah banyak kemudahan di Kampung ni..Pun begitu seperkara juga yang perlu diingat, jangan abaikan keselamatan di kampung, tu yang penting.yaa...Nah..apa lagi..jommm  ..balik kampunggg..

Saturday, February 12, 2011

Batu Odu Gorawang@Gerawang

Batu Odu Gerowong atau ada juga yang sebut Odu Gerawang adalah batu yang kononya adalah pondok tempat tinggan ibu si Supirak. Letak batu ini adalah berdekatan dengan perigi air tawar di air masin itu. Perigi itu milik si Odu Gerowong (ibu Supirak) tempat Si Supirak ambir air semasa singgah berlabuh dan bertemu ibunya.Batu ini berbentuk seperti khemah atau pondok piramid.

Wednesday, February 9, 2011

Batu Dulang & Batu Talam



Cuba fokus penglihatan pada gambar ini, nampak sebiji macam dulang kan? Ni lah disebut Batu Dulang yang terdapat di Kg Malubang ni.Kisahnya sama dengan Batu Berunsai. Batu ni tidak jauh daripada Batu Berunsai seperti yang saya ceritakan sebelum ini. Disebelah kampung tempat Batu Berunsai ni berlangsung majlis perkahwinan dan disebelah kampung pula ada majlis keramaian juga yang pada masa sebelum menjadi batu orang-orang yang berada disitu sibuk menjamu selera. Biasalah kalau di kampung ni dulang digunakan sebagai penutup makanan. Sedang majlis makan-makan ni berlangsung, tiba-tiba pula menjadi batu dan terbentuklah Batu Dulang itu. Dekat Batu Dulang ni ada terdapat batu berbentuk talam yang dinamakan sebagai Batu Talam yang berkaitan dengan Batu Dulang ni.Kalau ada penutup dulang pasti ada talamnya bah kan? Haha... ni cerita semua menjadi batu..adesss. Ni gambar batu talam itu..

Tuesday, February 8, 2011

Batu Berunsai (sambung cerita)

Batu Berunsai ni ceritanya ..Pada zaman dahulu kala sedang berlangsung majlis perkahwinan di kampung tersebut. Pada majlis itu tarian berunsai sedang dilakukan diringi dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penari-penari tanpa henti. Ketika acara tarian dilakukan ,semua orang kampung termasuk orang-orang yang sedang melakukan tarian berunsai menjadi batu secara tiba-tiba. Nampak sehingga kini, batu tersebut seperti sedang membuat tarian berunsai dengan satu bulatan. Walau bagaimanapun struktur batu tersebut banyak yang sudah runtuh dan akibat hakisan berterusan ianya tidaklah seperti pada zaman dahulu yang bentuknya sama dengan bentuk manusia.