Sebenarnya orang yang menemui perigi di laut ni bukanlah seorang saintis beliau cuma seorang anak petani sahaja..tiada kajianpun yang beliau buat semasa menemui perigi ni. mau dijadikan cerita..begini...
Pada zaman era 50an, beliau tinggal dengan ibubapanya yang ketika itu hidup sebagai petani. Maksud saya bertani sini "berhuma"..yang tanam padi di lereng-lereng bukit tu.Beliau ketika itu baru berumur 18 tahun,beliau menjumpai perigi tersebut pada tahun 1956. Pada suatu malam beliau telah bermimpi didatangi oleh seorang tua yang memberitahunya bahawa terdapat sebuah perigi air tawar yang letaknya di laut (air masin) dengan memberi petunjuk di mana perigi itu berada. Beliau pada asalnya antara percaya atau tidak dengan mimpinya itu..sebab tidak masuk akal. Kerana ingin mengetahui kebenaran mimpi itu, pada subuh sebelum matahari terbit dan kebetulan air laut surut..maka pergilah beliau ke tempat perigi yang disebutkan dalam mimpi itu. Tiba di tempat yang disebutkan, beliaupun mulalah mencari, menggali lubang batu dan cuba merasa ketawaran air setiap lubang yang ditemuinya. Alangkah terperanjatnya beliau dan semacam tidak percaya bahawa mimpinya menjadi kenyataan apabila beliau menemui lubang yang airnya memang tawar. Beliaupun memberitahu ibubapanya mengenai perigi air tawar tersebut dan jadilah ianya tempat mereka mengambil air untuk mandi dan dimasak. Macam itulah ceritanya secara ringkas...Itulah anugerah Allah Yang Maha Pengasih.
Saya senang membaca post tuan di blog ni,.. tetapi da fakta yang saya ingin betulkan disini,. untuk pengetahuan tuan,. saya membesar diarea ni.. dan saya tau hampir keseluruhan geografi tempat ni,. setahu saya suku kaum majoriti di malubang ialah suku Rungus,. bukan sungai atau bajau. terima kasih..
ReplyDelete