Monday, January 31, 2011

Perigi Di Laut..Betulkah?


Perigi Di Laut..Boleh percayakah tidak ni? Percayalah..ni perigi betul-betul di laut lokasinya..

Lokasi: jarak antara pantai dengan perigi ni kira-kira 50 meter. Jarak antara Batu Kapal Supirak dengan perigi ni pula lebih kurang 200-250 meter( Ini yang aku ceritakan tempat si Supirak singgah ambil air sebelum belayar dan jadi batu)
Struktur: Dikelilingi batu yang rata
Keluasan: Ukuran P x L = 2' x 1' lebih kuranglah..
Kedalaman: Ukuran 3 kaki

Keunikannya.. walaupun di laut tetapi airnya tawar. Percaya atau tidak..datanglah sendiri melihat dan merasainya..Mengikut apa yang orang kampung cakap..air perigi ini tidak pernah kering walaupun musim kemarau..dan rasanya tetap sama.

Persoalannya...siapa yang mula-mula menemui perigi ini dan bagaimana dia tahu perigi itu ada terletak di situ?? Kalau difikirkan secara lojik, agak mustahil orang zaman dulu-dulu boleh memikirkan perigi ada di laut..lautan pula luas dan orangnya pula bukanlah saintis....hemmm ajaib juga bukan?

Sunday, January 30, 2011

Macammana bah mau pigi Kg Malubang ni??


Adehhhhh....terlupa pula..untuk sampai ke kampung ini kena ada 2 cara perjalanan,samada melalui jalan laut dengan menaiki bot laju atau melalui jalan darat dengan menaiki kenderaan. Melalui jalan laut ada dua tempat iaitu dengan menaiki bot dari Kudat atau dari Pitas. Bagi yang ingin menaiki kenderaan pula, kena melalui jalan dari Pekan Pitas,..akan tetapi..kalau musim hujan susah sikit mau sampai..sebab jalannya licin dan berlumpur bah. Jadi kalau mau naik kereta tu kena tunggulah musim panas...huhu, sedih jugalah sebab kampung kami ni masih jauh ketinggalan dengan arus kemajuan. Harap-harap jalan ke kampung ini dapatlah diperbaiki atau dengan kata lain "jalan aspal" so senanglah orang kampung atau pelancung datang berduyun-duyun ke kampung ini mau lihat itu Supirak.

Saturday, January 29, 2011

Cerita Ringkas Batu Supirak

Pemandangan Atas Batu Kapal Supirak


Batu Kapal Supirak

Apa itu Supirak?? Supirak sebenarnya adalah sempena nama bagi batu berbentuk kapal yang kono-kono ceritanya adalah kepunyaan Nahkoda Supirak. Ceritanya..ni apa yang aku dengar-dengarlah..dulu-dulu.. Seperti cerita si Tenggang juga..pada zaman dahulu kala pergilah si Supirak ni mau merantau ndak tau di mana..Setelah sekian lama si Supirak ini baliklah ke kampung dengan membawa kapal besar kono-kono mahu menemui ibunya dan mengambil air bekalan belayar (perigi di laut itulah perigi tempat si Supirak ambil air..pasal perigi,nanti cerita). Selepas sahaja selesai mengambil air si Supirak ni mau belayarlah pula, ndak mau lagi menemui ibunya. Ibunyapun pergilah berjumpa dengannya..akan tetapi sebab malu mengaku ibunya yang agak kelihatan comot, si Supirak tidak pula mengaku yang itu adalah ibunya..huhu..derhaka ni anak..Si Supirakpun kembalilah ke kapalnya dan mahu belayar semula. Sedang kapal si Supirak ini berpusing menuju ke lautan dalam, tiba-tiba ribut petir dan taufan melanda dan kapal si Supirak berubah secara perlahan-lahan menjadi batu. Itulah balasan anak yang derhaka kepada ibunya. (mengikut penduduk kampung suatu ketika dahulu di atas batu Supirak tersebut ada terdapat batu-batu yang berbentuk meja,parang,lembing,pinggan mangkuk dan lain-lain lagi peralatan kapal...)

Mau ke Supirak??

Keindahan Pemandangan Ketika Air Laut Surut


Seperkara yang menarik di Kampung Malubang adalahlah terciptanya satu sejarah yang ramai kalangan masyarakat di Sabah khasnya dan Malaysia amnya yang tidak mengetahui sejarah disebalik kampung ini. Nak tahu....??

Ramai yang mungkin tahu sejarah si Tenggang ..ni pula sejarah Supirak yang seakan sama dengan cerita Si Tenggang...Nanti cerita..

Batu Supirak terletak kira-kira 5 kilometer daripada Kg Malubang. Perjalanan ke Batu Supirak memakan masa sekitar 1 hingga 1.30 jam dengan berjalan kaki melalui persisiran pantai. Sekiranya menaiki bot ..agak-agak masa perjalanan adalah sekitar 10 - 15 minit sahaja. Bagi yang mahu berjalan kaki, terpaksa menunggu air laut surut barulah boleh memulakan perjalanan. Kebaikan berjalan kaki ,boleh melihat-lihat siput-siput pantai, keluasan surut yang jauh mata memandang...penat jga bah..tapi siok....

Thursday, January 20, 2011

KampungKu

Jeti Ke Kg.Malubang

MALUBANG..Itulah tempat kelahiranku yang saya rasa amat bertuah dilahirkan di tempat ini yang penuh dengan sejarah,keindahan dan kedamaian. hemmmm.. nak tahu lebih lanjut...Pada asalnya Kg Malubang dikenali sebagai Kg Torong Putih lalu ditukarkan namanya kepada Kg Malubang yang namanya digunapakai sehingga kini.. "Torong Putih"?? akupun tidak tahu apa benda itu...

Penduduk kampung ini sebenarnya tidaklah seramai seperti pada era 60an-80an.. Pada era tersebut bilangan penduduknya adalah sekitar lebih kurang 1000 orang. Pada era 80an-90an ramai penduduknya telah berhijrah ke destinasi lain terutamanya ke Kudat yang merupakan sebuah bandar terletak di sebelah Utara Sabah.

Penghijrahan penduduk ini sebenarnya didorong oleh perubahan cara hidup dan "cari makan" di tempat lain yang mungkin dirasakan lebih selesa. Kehidupan bagi penduduk di kampung ini tidaklah seteruk mana..hanya mungkin kerana sikap,keinginan hidup dan bekerja dibandar adalah faktor penyebab sebilangan penduduk untuk berhijrah ke tempat lain. Mata pencarian penduduk kampung ini secara amnya adalah sebagai nelayan dan bercucuk tanam sahaja.

Pada era 90an pula telah ramai anak muda yang telah mendapat pekerjaan di pelbagai sektor pekerjaan samada syarikat swasta mahupun kerajaan. Ramai kalangan anak muda yang berpendidikan telah mendapat pekerjaan terutama di sektor kerajaan yang memegang pelbagai jawatan seperti guru,kerani,jururawat,polis,askar dan lain-lain lagi.