Sunday, January 30, 2011

Macammana bah mau pigi Kg Malubang ni??


Adehhhhh....terlupa pula..untuk sampai ke kampung ini kena ada 2 cara perjalanan,samada melalui jalan laut dengan menaiki bot laju atau melalui jalan darat dengan menaiki kenderaan. Melalui jalan laut ada dua tempat iaitu dengan menaiki bot dari Kudat atau dari Pitas. Bagi yang ingin menaiki kenderaan pula, kena melalui jalan dari Pekan Pitas,..akan tetapi..kalau musim hujan susah sikit mau sampai..sebab jalannya licin dan berlumpur bah. Jadi kalau mau naik kereta tu kena tunggulah musim panas...huhu, sedih jugalah sebab kampung kami ni masih jauh ketinggalan dengan arus kemajuan. Harap-harap jalan ke kampung ini dapatlah diperbaiki atau dengan kata lain "jalan aspal" so senanglah orang kampung atau pelancung datang berduyun-duyun ke kampung ini mau lihat itu Supirak.

1 comment:

  1. Jalan di sini dengar akan di majukan... namun pengalaman van rosak tersadai selama dia hari amat perit.. namun puas hati bila dpt melihat keindahannya di sana

    ReplyDelete