Jeti Ke Kg.Malubang
MALUBANG..Itulah tempat kelahiranku yang saya rasa amat bertuah dilahirkan di tempat ini yang penuh dengan sejarah,keindahan dan kedamaian. hemmmm.. nak tahu lebih lanjut...Pada asalnya Kg Malubang dikenali sebagai Kg Torong Putih lalu ditukarkan namanya kepada Kg Malubang yang namanya digunapakai sehingga kini.. "Torong Putih"?? akupun tidak tahu apa benda itu...
Penduduk kampung ini sebenarnya tidaklah seramai seperti pada era 60an-80an.. Pada era tersebut bilangan penduduknya adalah sekitar lebih kurang 1000 orang. Pada era 80an-90an ramai penduduknya telah berhijrah ke destinasi lain terutamanya ke Kudat yang merupakan sebuah bandar terletak di sebelah Utara Sabah.
Penghijrahan penduduk ini sebenarnya didorong oleh perubahan cara hidup dan "cari makan" di tempat lain yang mungkin dirasakan lebih selesa. Kehidupan bagi penduduk di kampung ini tidaklah seteruk mana..hanya mungkin kerana sikap,keinginan hidup dan bekerja dibandar adalah faktor penyebab sebilangan penduduk untuk berhijrah ke tempat lain. Mata pencarian penduduk kampung ini secara amnya adalah sebagai nelayan dan bercucuk tanam sahaja.
Pada era 90an pula telah ramai anak muda yang telah mendapat pekerjaan di pelbagai sektor pekerjaan samada syarikat swasta mahupun kerajaan. Ramai kalangan anak muda yang berpendidikan telah mendapat pekerjaan terutama di sektor kerajaan yang memegang pelbagai jawatan seperti guru,kerani,jururawat,polis,askar dan lain-lain lagi.
Jauh bro nak pegi sini pengalaman 30thn baru dapat jejakkan kaki di kampung ayahanda tercinta ini pada tahun baru cina lepas. Insyaalah jika panjang umur raya ni akan kembali lagi untuk ziarah kubur arwah nenek di sana..
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletetuan admin... saya berminat nak melawat kg malubang nie... 2, 3 kali suda rancang, tp belum ada rezeki lagi mau sampai sana, in sya Allah , klu x da halangan, cuti sekolah nti nak ke sana...
klu nti smpai di kg malubang, ada x resort atau chelet yg di sediakan di sana? sb hujung tahun lepas satu rombongan dari KK (geng guru besar guru besar) pigi sana dan bermalam... salah seorang dri mereka saya punya bos lah...
dari apa yg dia gambrkan, mmg best lah... makan udang, katam, boleh memancing dan sebagainya...
so saya dgn beberapa kawan cadang nak kesana dlm masa cuti sekolah mggu dapan nie...
kami mungkin bawak famili masing2...
jd klu ada apa2 info tentang penginapan di sana boleh tuan admin hubungi saya melalui No talian atau email.
Mohd roshdi Abdul Rashid
012-8061337
016-8118953
email: addini315@gmail.com
sekian Terima kasih...
harap dapat maklum balas dgn segera.