Friday, November 30, 2012

Suasana Air Surut

Kalau mau ke Supirak ..jalan kaki..kenalah tunggu air surut mcm ini ..ianya melalui Kg Pancuran. Kalau laut surut ..memang luaslah..jauh mata memandang. Tapi..cantikkkk...

Rumah Rehat Kg Malubang

Nah..ada sudah ni rumah rehat di Kg Malubang..kalau mau santai-santai bolehlah tinggal di sini sambil menikmati udara segar dari laut dan melihat keindahan matahari terbenam di upuk barat ketika petang. Cantikkk...

Senja nan indah

Tika aku duduk termenung sambil mata jauh memandang...sempat juga aku ambil gambar melalui handphone murah aku suasana senja di kampung. Betapa indahnya ciptaan Yang Maha Kaya....






posted from Bloggeroid

Wednesday, November 9, 2011

Laluan ke Kg Malubang...

Lama tak update blog ni…adesss…sibuk memanjang.Ni gambar saya ambil masa balik kampung waktu raya..singgah tengah jalan ‘buang minyak’ sambil hisap rokok…hehehe…masa balik cuaca agak baik juga. Ni pla jalan menuju ke Kg. Malubang…hemmmm…kena guna  4W klu nak balik ..

Picture 078 Picture 079

Kena melalui jalan hutan SAFODA..

Tapi jangan risau bagi mereka yang mahu berkunjung ke kampung ini..sebab jalan ni tidak akan digunakan lagi , kerana dalam jangka masa terdekat ni, jalan ke Kg Malubang akan melalui jalan baru yang sedang dalam pelaksanaan. Ianya melalui jalan dari Kg Telaga ,Kg Liu dan Kg Bawing..singgah-singgah kampung luk bah..

Sunday, March 13, 2011

Perkembangan Terbaru Kg Malubang

Huhu…dengar cerita Kg Malubang tidak lama lagi mau kana bikin sudah jalanraya selepas itu menyusul pula bekalan elektrik. Bah ,baguslah bah kalau macam itu..sekurang-kurangnya tidak juga telampau mundur ni kampung , merasa juga nikmat kemudahan yang kerajaan bagi. Harap-harap tahun 2012 dapatlah orang-orang kampung menikmatinya. Kalau ada jalanraya sudah pigi kampung..nah senanglah balik kampung ni mau memancing..hehe. Pelancungpun senang sudah mau tinguk tu Supirak. Bagi pihak masyarakat Kg Malubang,terima kasih diucapkan kepada kerajaan amnya dan pemimpin-pemimpin daerah Pitas khasnya terutama sekali Yang Berhormat Datuk Rahim Bakri , ADUN N3 Bengkoka Datuk Bolkiah ,Pegawai Daerah Pitas dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang terlibat , semoga impian rakyat di Kg Malubang ni untuk menikmati sepertimana yang sepatutnya dinikmati tercapai hendaknya..AMIN. Moga tahun 2012 adalah tahun melawat ke Kg Malubang..harap-harap semua kemudahan ada terdapat di Kg Malubang, so tidaklah susah-susah pelancung datang.

Apa yang saya maksudkan di sini adalah kemudahan dari segi jalanraya,bekalan elektrik, bekalan air bersih dan penginapan. Tapi yang aku dengar sudah ada tu ‘rest house’ mau kena bikin sana kampung…huhu, tahniahlah JKKK Kg Malubang..sudah banyak kemudahan di Kampung ni..Pun begitu seperkara juga yang perlu diingat, jangan abaikan keselamatan di kampung, tu yang penting.yaa...Nah..apa lagi..jommm  ..balik kampunggg..

Saturday, February 12, 2011

Batu Odu Gorawang@Gerawang

Batu Odu Gerowong atau ada juga yang sebut Odu Gerawang adalah batu yang kononya adalah pondok tempat tinggan ibu si Supirak. Letak batu ini adalah berdekatan dengan perigi air tawar di air masin itu. Perigi itu milik si Odu Gerowong (ibu Supirak) tempat Si Supirak ambir air semasa singgah berlabuh dan bertemu ibunya.Batu ini berbentuk seperti khemah atau pondok piramid.

Wednesday, February 9, 2011

Batu Dulang & Batu Talam



Cuba fokus penglihatan pada gambar ini, nampak sebiji macam dulang kan? Ni lah disebut Batu Dulang yang terdapat di Kg Malubang ni.Kisahnya sama dengan Batu Berunsai. Batu ni tidak jauh daripada Batu Berunsai seperti yang saya ceritakan sebelum ini. Disebelah kampung tempat Batu Berunsai ni berlangsung majlis perkahwinan dan disebelah kampung pula ada majlis keramaian juga yang pada masa sebelum menjadi batu orang-orang yang berada disitu sibuk menjamu selera. Biasalah kalau di kampung ni dulang digunakan sebagai penutup makanan. Sedang majlis makan-makan ni berlangsung, tiba-tiba pula menjadi batu dan terbentuklah Batu Dulang itu. Dekat Batu Dulang ni ada terdapat batu berbentuk talam yang dinamakan sebagai Batu Talam yang berkaitan dengan Batu Dulang ni.Kalau ada penutup dulang pasti ada talamnya bah kan? Haha... ni cerita semua menjadi batu..adesss. Ni gambar batu talam itu..

Tuesday, February 8, 2011

Batu Berunsai (sambung cerita)

Batu Berunsai ni ceritanya ..Pada zaman dahulu kala sedang berlangsung majlis perkahwinan di kampung tersebut. Pada majlis itu tarian berunsai sedang dilakukan diringi dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penari-penari tanpa henti. Ketika acara tarian dilakukan ,semua orang kampung termasuk orang-orang yang sedang melakukan tarian berunsai menjadi batu secara tiba-tiba. Nampak sehingga kini, batu tersebut seperti sedang membuat tarian berunsai dengan satu bulatan. Walau bagaimanapun struktur batu tersebut banyak yang sudah runtuh dan akibat hakisan berterusan ianya tidaklah seperti pada zaman dahulu yang bentuknya sama dengan bentuk manusia.

Tarian Berunsai

Tarian Berunsai adalah sejenis tarian bagi suku kaum Sungai tetapi ada juga kaum lain yang membuat tarian ini yang seakan sama rentak dan iramanya .Tarian ini biasanya dilangsungkan semasa majlis perkahwinan,sebab dulu-dulu mana ada alat-alat hiburan elektronik seperti sekarang ni. Tarian ini dilakukan dengan membuat satu bulatan..mengikut apa yang saya nampak, ianya pada mulanya dimulai dengan 2 pasangan iaitu lelaki dan perempuan selepas itu disusuli oleh pasangan-pasangan lain sehingga menjadi satu bulatan.Ianya tidak terhad kepada berapa banyak bilangan penari, sehinggalah memenuhi ruang atau tempat tarian dilakukan. Tarian ini juga diringi oleh lagu-lagu berbentuk pantun yang dinyanyikan oleh penari-penari sendiri antara lelaki dan perempuan(seakan berbalas pantun). Bila sudah terbentuknya satu bulatan..penari-penari yang biasanya lelaki akan menghentak kaki mereka ke lantai seakan-akan satu gendang yang mengiringi lagu yang dinyanyikan.

Sunday, February 6, 2011

Batu Berunsai

aikkk..naa batupun boleh berunsaikah..ingatkan orang saja boleh berunsai. Memangpun orang bah ni, tapi dulu-dululah sebelum jadi batu. Batu ni tidak jauh letaknya dari Kampung Malubang..disebelah kampung saja. Kalau di imbas sekali pandang seperti orang tengah berunsai cuba tengok..
Pasal lagenda ..nanti aku ceritakan..kita minum lukk...

Puru Mondou

Satu lagi puru yang terdapat di Kg malubang ni iaitu Puru Mondou. Puru Mondou terletak lebin kurang 3 kilometer daripada kawasan perkampungan. Puru Mondou ni sebenarnya merupakan bukit yang tertinggi di Kg Malubang dengan anggaran antara 300-400 kaki daripada paras laut. Sekiranya kita berada di atas puncak bukit tersebut, akan nampak keseluruhan kawasan kampung dan lautan yang luas terbentang. Tempat ini sesuai bagi orang-orang yang suka ekspedisi mendaki bukit..kalau mau kurangkan berat badan..nah sinilah tempatnya..tetap keluar peluh-peluh jagung. Ni pun belum ada gambar yang saya perolehi..kalau ada nanti, akan saya letakkan di blog ini. Oklah saya mau pigi jogging luk,kasi keluar peluh-peluh jagung..haha

Friday, February 4, 2011

Puru

Puru pula terletak di tengah-tengah Kg Malubang. Tempat nilah remaja-remaja kampung berlepak dan bermain sambil menikmati hembusan udara segar dari lautan. Anak-anak muda kampung ini telah membina pondok-pondok untuk bersantai ketika waktu pagi dan senja. Di hadapan tempat ini kelihatan lautan luas terbentang saujana mata memandang. Di sinilah juga para pengunjung akan berkhemah sekiranya mereka bermalam di kampung ini. Gambar Puru ni belum saya dapat..nanti saya updatekan di sini kalau ada.

Batu Puru-Puru



hehe..Batu Puru-Puru, nikah namanya..Ni apa yang orang kampung namakan sebelum ini, tidak tahulah pula kalau ada nama baru,mau kena tanya juga ni nama sebenar. Di kampung ini terdapat 3 tempat yang disebut namanya sebagai 'Puru' iaitu Batu Puru-Puru, Puru dan Puru Mondou. Perkataan 'Puru' ni sebenarnya adalah dalam bahasa kaum Sungai dan kalau dalam bahasa Melayu pula bermaksud pokok-pokok kayu yang tumbuh secara berkelompok pada satu tempat sama ada di daratan atau di laut(sila perbetulkan kalau saya salah). Batu Puru-Puru yang saya sebutkan di sini merupakan sebuah anak pulau yang terletak lebih kurang 200 meter daripada pantai Kg Malubang. Ianya ditumbuhi oleh pokok-pokok rimbun dan sangat sesuai untuk bersantai sambil menikmati udara segar. Atas usaha JKKK Kg Malubang dan orang-orang kampung,jambatan dan pondok tempat bersantai di atas batu tersebut telah di bina bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang mahu bersantai di anak pulau tersebut .

Disebalik Kampung Malubang..

Mungkin Batu Supirak salah satu lagenda utama di kampung ini, namun adakah anda tahu bahawa di sebalik kampung ini terdapat banyak lagi batu yang mempunyai lagendanya yang tersendiri dan juga tempat-tempat yang indah dan menarik. Antaranya ialah Batu Berunsai, Batu Talam,Batu Odu Gorawang,Batu Kougun,Batu Puru-Puru dan Puru Mondou. Bah.. nanti aku ceritakan mengenai batu-batu dan tempat ini pelan-pelan mengikut apa yang aku tahu..kalau ada antara anda yang lebih tahu silalah sertai blog ini dengan memberi komen,pendapat dan pengetahuan anda mengenai cerita disebalik batu-batu ini.

Thursday, February 3, 2011

Suku Kaum Kg Malubang

Kg Malubang ni macam juga 1Malaysia, suku kaum yang terdapat di kampung ni bercampur-campur juga..apa bilang orang tu..Masyarakat majmuk..begitulah barangkali. Suku kaum utama kampung ni terdiri daripada kaum Sungai,Suluk,Bajau dan terdapat juga bangsa lain yang dah berkahwin dengan penduduk kampung ini.
Ikatan persaudaraan yang kukuh antara kaum-kaum di kampung ini merupakan satu anugerah yang menjadikan kampung ini aman,damai dan harmoni. Penduduk kampung ni sememangnya peramah dan baik hati. Anda yang baru sampai ke kampung ini pastinya akan disambut dengan senyuman mesra oleh penduduk kampung.

Wednesday, February 2, 2011

Sambung cerita mengenai Batu Supirak & Perigi Air Tawar..

Langkah-langkah bagi mempromosikan perigi air tawar dan Supirak yang terdapat di Kg Malubang telah diambil oleh pihak-pihak berkenaan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah,Pejabat Daerah Pitas dan JKKK Kg Malubang. Akibat daripada itu ramai para pelancung datang sama ada dari dalam mahupun luar negara. Pada tahun 2009-2010 ramai pelancung daripada negara luar seperti Korea,China dan Jepun datang melihat sendiri keindahan Batu Supirak dan ingin merasai ketawaran perigi air tawar di air masin.

Bagi menggalakkan lebih ramai pelancung untuk datang, pihak-pihak berkenaan telah berusaha membangunkan tempat-tempat tersebut seperti membuat jambatan menuju ke Batu Kapal Supirak dan menambak perigi air tawar.


Al-Fatihah ...

Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau semoga roh Allahyarham dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...AMIN.

Pemergian beliau pada April 2010 yang lalu adalah satu kehilangan besar bagi penduduk kampung kerana beliau seorang yang peramah,baik dan warak. Kerana beliaulah terciptanya sejarah di Kg Malubang berkaitan dengan perigi air tawar di laut...sebut saja perigi tersebut..nama beliau menjadi sebutan.

Saintiskah yang jumpa ni Perigi Air tawar Di Laut??

Sebenarnya orang yang menemui perigi di laut ni bukanlah seorang saintis beliau cuma seorang anak petani sahaja..tiada kajianpun yang beliau buat semasa menemui perigi ni. mau dijadikan cerita..begini...


Pada zaman era 50an, beliau tinggal dengan ibubapanya yang ketika itu hidup sebagai petani. Maksud saya bertani sini "berhuma"..yang tanam padi di lereng-lereng bukit tu.Beliau ketika itu baru berumur 18 tahun,beliau menjumpai perigi tersebut pada tahun 1956. Pada suatu malam beliau telah bermimpi didatangi oleh seorang tua yang memberitahunya bahawa terdapat sebuah perigi air tawar yang letaknya di laut (air masin) dengan memberi petunjuk di mana perigi itu berada. Beliau pada asalnya antara percaya atau tidak dengan mimpinya itu..sebab tidak masuk akal. Kerana ingin mengetahui kebenaran mimpi itu, pada subuh sebelum matahari terbit dan kebetulan air laut surut..maka pergilah beliau ke tempat perigi yang disebutkan dalam mimpi itu. Tiba di tempat yang disebutkan, beliaupun mulalah mencari, menggali lubang batu dan cuba merasa ketawaran air setiap lubang yang ditemuinya. Alangkah terperanjatnya beliau dan semacam tidak percaya bahawa mimpinya menjadi kenyataan apabila beliau menemui lubang yang airnya memang tawar. Beliaupun memberitahu ibubapanya mengenai perigi air tawar tersebut dan jadilah ianya tempat mereka mengambil air untuk mandi dan dimasak. Macam itulah ceritanya secara ringkas...Itulah anugerah Allah Yang Maha Pengasih.

Monday, January 31, 2011

Perigi Di Laut..Betulkah?


Perigi Di Laut..Boleh percayakah tidak ni? Percayalah..ni perigi betul-betul di laut lokasinya..

Lokasi: jarak antara pantai dengan perigi ni kira-kira 50 meter. Jarak antara Batu Kapal Supirak dengan perigi ni pula lebih kurang 200-250 meter( Ini yang aku ceritakan tempat si Supirak singgah ambil air sebelum belayar dan jadi batu)
Struktur: Dikelilingi batu yang rata
Keluasan: Ukuran P x L = 2' x 1' lebih kuranglah..
Kedalaman: Ukuran 3 kaki

Keunikannya.. walaupun di laut tetapi airnya tawar. Percaya atau tidak..datanglah sendiri melihat dan merasainya..Mengikut apa yang orang kampung cakap..air perigi ini tidak pernah kering walaupun musim kemarau..dan rasanya tetap sama.

Persoalannya...siapa yang mula-mula menemui perigi ini dan bagaimana dia tahu perigi itu ada terletak di situ?? Kalau difikirkan secara lojik, agak mustahil orang zaman dulu-dulu boleh memikirkan perigi ada di laut..lautan pula luas dan orangnya pula bukanlah saintis....hemmm ajaib juga bukan?

Sunday, January 30, 2011

Macammana bah mau pigi Kg Malubang ni??


Adehhhhh....terlupa pula..untuk sampai ke kampung ini kena ada 2 cara perjalanan,samada melalui jalan laut dengan menaiki bot laju atau melalui jalan darat dengan menaiki kenderaan. Melalui jalan laut ada dua tempat iaitu dengan menaiki bot dari Kudat atau dari Pitas. Bagi yang ingin menaiki kenderaan pula, kena melalui jalan dari Pekan Pitas,..akan tetapi..kalau musim hujan susah sikit mau sampai..sebab jalannya licin dan berlumpur bah. Jadi kalau mau naik kereta tu kena tunggulah musim panas...huhu, sedih jugalah sebab kampung kami ni masih jauh ketinggalan dengan arus kemajuan. Harap-harap jalan ke kampung ini dapatlah diperbaiki atau dengan kata lain "jalan aspal" so senanglah orang kampung atau pelancung datang berduyun-duyun ke kampung ini mau lihat itu Supirak.