Jeti Ke Kg.Malubang
MALUBANG..Itulah tempat kelahiranku yang saya rasa amat bertuah dilahirkan di tempat ini yang penuh dengan sejarah,keindahan dan kedamaian. hemmmm.. nak tahu lebih lanjut...Pada asalnya Kg Malubang dikenali sebagai Kg Torong Putih lalu ditukarkan namanya kepada Kg Malubang yang namanya digunapakai sehingga kini.. "Torong Putih"?? akupun tidak tahu apa benda itu...
Penduduk kampung ini sebenarnya tidaklah seramai seperti pada era 60an-80an.. Pada era tersebut bilangan penduduknya adalah sekitar lebih kurang 1000 orang. Pada era 80an-90an ramai penduduknya telah berhijrah ke destinasi lain terutamanya ke Kudat yang merupakan sebuah bandar terletak di sebelah Utara Sabah.
Penghijrahan penduduk ini sebenarnya didorong oleh perubahan cara hidup dan "cari makan" di tempat lain yang mungkin dirasakan lebih selesa. Kehidupan bagi penduduk di kampung ini tidaklah seteruk mana..hanya mungkin kerana sikap,keinginan hidup dan bekerja dibandar adalah faktor penyebab sebilangan penduduk untuk berhijrah ke tempat lain. Mata pencarian penduduk kampung ini secara amnya adalah sebagai nelayan dan bercucuk tanam sahaja.
Pada era 90an pula telah ramai anak muda yang telah mendapat pekerjaan di pelbagai sektor pekerjaan samada syarikat swasta mahupun kerajaan. Ramai kalangan anak muda yang berpendidikan telah mendapat pekerjaan terutama di sektor kerajaan yang memegang pelbagai jawatan seperti guru,kerani,jururawat,polis,askar dan lain-lain lagi.